Originally posted 2016-09-29 02:16:07.
Manakala perlindungan pihak ketiga (third party coverage) lebih murah berbanding perlindungan komprehensif, skop perlindungan adalah berbeza.
Pihak Ketiga (third party)
Insuran sebegini memperuntukan bagi kemusnahan/kerosakan pada kenderaan lain jika kemalangan disebabkan kesilapan anda.
Sebarang kerosakan pada kenderaan anda tidak dilindungi.
Komprehensif
Insuran sebegini melindungi kerosakan/kemusnahan kepada kedua kenderaan, kenderaan pihak ketiga dan kenderaan anda.
Kenderaan anda dilindungi dari kecurian dan kemusnahan/kerosakan oleh bencana alam.