myeg malaysia

Langkah Mudah Renew Roadtax Melalui MyEG Malaysia (Update 2019)

Zaman sekarang ni sangat mudah untuk membuat pembayaran secara online. Samalah juga dengan renew roadtax secara online melalui MyEG Malaysia.

Dulu, proses nak renew roadtax agak melecehkan. Terpaksa keluar, beratur panjang di kaunter sampai nak tunggu nombor pun lama. Kini, semuanya boleh buat dengan cepat dan mudah, hanya di MyEG Malaysia.

Tapi sebelum itu….

Apa Itu MyEG

MyEG merupakan satu kemudahan online yang disediakan oleh kerajaan Malaysia untuk menawarkan servis-servis yang terpilih kepada rakyat.

MyEG adalah pemegang konsesi bagi Koridor Raya Multimedia (MSC) Aplikasi Elektronik Kerajaan Malaysia (E-Kerajaan).

MyEG online membina, menjalankan dan memiliki saluran elektronik yang menawarkan perkhidmatan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Melalui platform ini, MyEG berazam untuk memperbaiki operasi dalaman kerajaan serta meningkatkan kualiti servis kepada pengguna.

Daftar MyEG Online

Jika anda baru berjinak dengan perkhidmatan MyEG online, anda perlu daftar akaun dahulu.

Bagaimana? Caranya mudah sahaja.

1. Layari laman sesawang MyEG Malaysia

2. Klik di Daftar Akaun

myeg malaysia

3. Pilih jenis akaun, samada pendaftaran untuk individu atau syarikat

myeg malaysia

4. Isi maklumat lengkap

Jika anda mendaftar akaun individu, lengkapkan maklumat peribadi. Untuk akaun syarikat, isikan maklumat syarikat.

myeg malaysia
Akaun individu

myeg malaysia
Akaun syarikat

5. Klik Hantar

myeg malaysia

Kemudian, MyEG akan menghantar emel verifikasi kepada anda. Periksa inbox atau spam box.

6. Siap! Sekarang anda boleh ke halaman utama dan login.

Servis MyEG Malaysia

Di MyEG online, terdapat pelbagai servis yang disediakan.

Antaranya seperti:

1. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Melalui kemudahan online ini, anda boleh semak dan bayar saman JPJ.

Anda hanya perlu masukkan butiran yang berkenaan untuk menyemak. Kemudian, bayar saman secara online dengan selamat.

Selain itu, anda juga boleh renew roadtax dan insurans kereta melalui MyEG road tax.

Buat masa ini, perkhidmatan ini tidak memerlukan anda untuk mendaftar atau login ke dalam laman sesawang.

2. Jabatan Imigresen Malaysia

Terdapat dua jenis servis di bawah Jabatan Imigresen Malaysia.

Di sini, anda boleh perbaharui permit pekerja asing dan permit kerja pembantu rumah secara online.

Permit akan dihantar terus ke premis anda.

3. Polis Diraja Malaysia (PDRM)

MyEG servis menyediakan perkhidmatan berbayar bagi membolehkan pengguna untuk menyemak dan membayar saman PDRM.

Antara servis yang ditawarkan adalah semakan maklumat saman dan membayar saman PDRM.

4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki MyKad.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah gentian cip/kad, pengambilan MyKad baru dan proses permohonan MyKad.

Cara Renew Roadtax di MyEG

Berikut adalah cara mudah untuk anda renew JPJ road tax di MyEG online.

1. Layari laman sesawang MyEG dan login

2. Klik di ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

3. Klik di butang Road Tax Renewal

4. Isi maklumat lengkap dan butiran kenderaan anda

5. Klik Proceed

6. Buat pembayaran

Untuk membuat pembayaran, anda boleh pilih samada nak gunakan kad kredit, perbankan online atau akaun prabayar MyEG.

Renew Roadtax di Autoroadtax.com

Nak lebih mudah, anda boleh renew roadtax online di Autoroadtax.com.

Dengan hanya 3 langkah mudah, proses renew roadtax boleh dijalankan dengan cepat. Selesai dalam masa 3 minit!

Bagaimana nak renew roadtax di Autoroadtax.com? Anda boleh ikut langkah ini.

Autoroadtax.com merupakan ejen insurans berdaftar yang menawarkan perkhidmatan renew insurans kereta dan roadtax secara online.

Kini, anda boleh perbaharui roadtax secara online dengan senang, mudah dan selamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *