cara renew roadtax

3 Cara Renew Roadtax Secara Online (Siap 3 Minit)

Originally posted 2019-07-26 04:34:49.

Panduan ini mengandungi semua yang anda ingin tahu tentang cara renew roadtax secara online.

Sekiranya roadtax anda dah tamat tempoh dan nak tahu cara renew roadtax yang cepat, anda berada di tempat yang betul.

Teruskan membaca sehingga tamat.


Kenapa Perlu Renew Roadtax?


Tahukah anda, roadtax mempunyai tarikh luput setiap tahun. Jadi, anda perlu renew roadtax anda setahun sekali.

Jika anda takut terlupa nak renew roadtax, anda boleh renew seawal 2 bulan sebelum tarikh roadtax berakhir. Jadi boleh lah anda renew awal-awal jika takut terlupa.

Sebelum anda renew roadtax, anda perlu renew insurans kereta terlebih dahulu. Ia bagi memastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans.

Jika berlaku kemalangan, anda tidak perlu risau. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.


Renew Roadtax di Pejabat Pos atau Online?


cara renew roadtax

Terdapat banyak cara untuk renew roadtax. Anda boleh renew melalui agen insuran, di pejabat pos mahupun online.

Jika anda mendapatkan khidmat agen insuran, anda mungkin dikenakan caj perkhidmatan. Sekiranya total bayaran untuk renew roadtax dan caj perkhidmatan akan jadi mahal.

Kenapa nak bazirkan duit kalau anda boleh renew sendiri?

Anda boleh renew roadtax di pejabat pos.

Hanya perlu bawa dokumen berkaitan ke pejabat pos berdekatan. Anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.

Meskipun begitu, anda perlu menunggu giliran di pejabat pos.

Jika orang ramai, maka anda perlu menunggu lama. Buang masa anda sahaja.

Cara renew roadtax yang paling mudah dan cepat adalah secara online.


Cara Renew Roadtax Motor


Anda boleh renew roadtax kereta dan motorsikal secara online.

Tidak perlu bersusah payah ke pejabat pos atau melalui agen insurans. Semua boleh dilakukan di hujung jari anda.

Renew roadtax secara online melalui Autoroadtax.com. Selain dari roadtax, anda juga boleh renew insuran kereta dengan cepat dan selamat.

Bagaimana? Hanya ikuti 3 langkah mudah.


Langkah 1: Masukkan Maklumat Asas

Anda tidak perlu mengisi borang yang panjang. Cuma masukkan 3 maklumat penting sahaja, iaitu:

  • No pendaftaran kenderaan
  • No kad pengenalan (NRIC)
  • Poskod

cara renew roadtx

Langkah 2: Teliti Sebutharga

Selepas anda klik teruskan, senarai sebutharga akan dipaparkan kepada anda. Terdapat beberapa pilihan syarikat insurans yang menawarkan insurans kereta.

Anda boleh pilih syarikat insurans yang diingini dan teliti butirannya.


cara renew roadtax

Klik pada syarikat insurans pilihan anda dan teliti butirannya. Pastikan anda membaca kesemua butiran dengan tepat.



Sebelum anda klik pembayaran, pastikan anda isi butiran anda dengan lengkap.

Ini termasuk alamat surat menyurat untuk urusan penghantaran roadtax.



Selepas anda isi semua butiran yang perlu, klik pada butang pembayaran.


Langkah 3: Buat Bayaran

Langkah terakhir adalah pembayaran online. Terdapat beberapa pilihan cara pembayaran, anda hanya perlu pilih yang mana anda lebih suka.

Pembayaran online boleh dibuat melalui kredit kad, online banking atau 7-eleven Cash Retail. Kesemua pembayaran ini adalah selamat dan dilindungi.



Selepas selesai pembayaran, tunggu sahaja roadtax dihantar kepada anda. Mudah bukan?

Ketahui lebih lanjut dengan menonton video ini.


Autoroadtax.com

Autoroadtax.com merupakan ejen insurans berdaftar yang menawarkan perkhidmatan renew insurans kereta dan roadtax secara online. Anda boleh perbaharui roadtax secara online dengan senang, mudah dan selamat.

Tanpa proses yang leceh dan tiada borang yang panjang. Dengan beberapa klik sahaja, proses renew roadtax anda selesai dengan cepat.

Klik sini untuk renew roadtax anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *